Bahasa Jepun . Com

Minggu ini, lepas, depan

November 21, 2005

Untuk pelajaran ke lima di kategori kata nama ini, mari kita belajar bagaimana untuk menyebut perkataan "minggu ini, minggu lepas, dan minggu depan" di dalam bahasa jepun.

Minggu ini = Konshuu
Minggu lepas = Senshuu
Minggu depan = Raishuu

Contoh Ayat

Konshuu-kara jugyou-ga hajimarimasu
Kelas bermula daripada minggu ini

Senshuu-no-kayoubi-ni ari-san-to aimashita
Saya berjumpa dengan ali pada hari selasa minggu lepas

Raishuu-no-kinyoubi-ni ie-ni kaerimasu
Saya akan balik ke rumah pada hari jumaat minggu depan

Kategori : Kata Nama

* * *