Bahasa Jepun . Com

Tahun 2005 (komen anda?)

January 04, 2005

Akemashite omedetou gozaimasu, selamat tahun baru. Moga-moga tahun 2005 ni kita semua mendapat berkat dan semangat belajar bahasa jepun lagi bertambah. Kali ini admin ingin meminta pandangan ataupun cadangan daripada semua berkenaan apa yg ingin di pelajari tentang bahasa jepun ini. Sila tulis berkenaan pelajaran apa yang ingin di pelajari untuk tahun 2005 ini. Daripada komen-komen yg diterima nanti insyaAllah admin akan cuba memperbaiki lagi mutu halaman web bahasajepun.com ini. Sila tulis cadangan masing masing di ruangan komen (comments) di bawah ini. Yoroshiku onegaishimasu.

Kategori : Maklumat

* * *

Pengenalan

September 01, 2004

Di dalam bahasa jepun ada 3 jenis tulisan yang di gunakan iaitu "Kanji", "Hiragana" dan "Katakana". "Katakana" di gunakan di dalam perkataan yang di import dari bahasa asing. Ianya juga di gunakan untuk menulis nama-nama bagi orang asing. Sebagai contohnya berikut adalah ayat di dalam bahasa jepun yang mengandungi "kanji", "hiragana" dan juga "katakana": -

pengenalan.gif

Tetapi di sini bahasa rumi akan digunakan di dalam pengajaran bahasa jepun ini, ianya adalah untuk memudahkan kita semua mempelajari bahasa jepun ini. Dan dari masa ke-semasa akan di selitkan perkataan perkataan hiragana ataupun katakana di dalam tutorial tutorial yang akan di tulis nanti.

Kategori : Maklumat

* * *