NinjaKeris terdiri daripada para alumni Pusat Bahasa Teikyo dan Ambang Asuhan Jepun yang telah menghadiri kursus persediaan penerbangan ke Jepun di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam selama 1 tahun 8 bulan bersama guru-guru yang dibawakan khas dari bumi Matahari Terbit.
Silibus bahasa Jepun yang diajarkan oleh Ninjakeris adalah 'hand-crafted' agar para pelajar dapat menguasai asas bahasa Jepun dalam masa 6 bulan.
100% Pembelajaran Dalam Talian
Pengalaman Unik Pendidikan Bercirikan Jepun
Anda akan disediakan dengan pelbagai jenis 練習 renshuu (latihan), 宿題 shukudai (kerja rumah) dan 指導 shidou (panduan) dari para sensei.
Tontoni kelas percubaan percuma (free trial) kami.
Untuk mendapatkan gambaran tentang bagaimana pembelajaran bersama Ninjakeris berlaku, mari tonton kelas free trial yang telah kami anjurkan sebelum ini.
Sertai kelas bahasa Jepun Ninjakeris hari ini dan kuasai asas bahasa Jepun dalam masa 6 bulan!
Para sensei Ninjakeris terdiri dari pelajar-pelajar Universiti Jepun, yang mampu bertutur dalam kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Jepun. Maka, pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan efisien.
Kami sasarkan pelajar dapat menguasai kemahiran membaca (hiragana dan katakana), menulis (hiragana dan katakana) dan melakukan perbualan harian dalam bahasa Jepun.
Tenaga pengajar kami adalah pelajar Universiti Jepun, dan masing-masing mempunyai pensijilan N2 dalam Japanese Language Proficiency Test dari The Japan Foundation.