Mengenai Ninjakeris

Graduan Pusat Bahasa Teikyo

Mempelajari bahasa Jepun
selama hampir 2 tahun

NinjaKeris terdiri daripada para alumni Pusat Bahasa Teikyo dan Ambang Asuhan Jepun yang telah menghadiri kursus persediaan penerbangan ke Jepun di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam selama 1 tahun 8 bulan bersama guru-guru yang dibawakan khas dari bumi Matahari Terbit.

Muhamad Firdaus Ali

Pengurusan, Operasi dan Pembangunan Perniagaan

Shahirffan Addam

Promosi, Pemasaran dan Akademik /
Guru Bahasa Jepun

Nurul Iman Noor Azman

Akademik dan Pembangunan Silibus /
Guru Bahasa Jepun
Di Sebalik Tabir

Asas bahasa Jepun
diajarkan oleh guru tempatan

Silibus bahasa Jepun yang diajarkan oleh Ninjakeris adalah 'hand-crafted' agar para pelajar dapat menguasai asas bahasa Jepun dalam masa 6 bulan.
100% Pembelajaran Dalam Talian

Pengalaman Unik
Pendidikan Bercirikan Jepun

Anda akan disediakan dengan pelbagai jenis 練習 renshuu (latihan), 宿題 shukudai (kerja rumah) dan 指導 shidou (panduan) dari para sensei.

Tontoni kelas percubaan percuma (free trial) kami.

Untuk mendapatkan gambaran tentang bagaimana pembelajaran bersama Ninjakeris berlaku, mari tonton kelas free trial yang telah kami anjurkan sebelum ini.

Sertai kelas bahasa Jepun Ninjakeris hari ini dan kuasai asas bahasa Jepun dalam masa 6 bulan!

Para sensei Ninjakeris terdiri dari pelajar-pelajar Universiti Jepun, yang mampu bertutur dalam kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Jepun. Maka, pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan efisien.

Soalan Yang Sering Ditanya

Dapatkan Jawapan
kepada Soalan-soalan Lazim

Di platform manakah proses pembelajaran akan berjalan?
Pembelajaran akan berjalan di platform Google Meet dan Google Classroom. Rakaman akan diberikan setelah kelas tamat.
Apakah sasaran Ninjakeris terhadap pelajar dalam masa 6 bulan?
Kami sasarkan pelajar dapat menguasai kemahiran membaca (hiragana dan katakana), menulis (hiragana dan katakana) dan melakukan perbualan harian dalam bahasa Jepun.
Apakah legitimasi Ninjakeris untuk mengajar bahasa Jepun?
Tenaga pengajar kami adalah pelajar Universiti Jepun, dan masing-masing mempunyai pensijilan N2 dalam Japanese Language Proficiency Test dari The Japan Foundation.
Berapa kerapkah kelas dijalankan dalam masa 1 minggu?
2 kali seminggu - Rabu dan Jumaat. Namun jadual boleh berubah mengikut fleksibiliti pelajar dan guru.
Berapakah yuran pengajian bulanan Ninjakeris?
Yuran bulanan kami adalah RM120 (bayaran secara bulanan), dan yuran pendaftaran (bayar satu kali sahaja) adalah RM50.

Jangan ketinggalan berita dari Jepun setiap minggu!

Design Escapes

Jom fahami bahasa Jepun bersama NinjaKeris, kelas bahasa Jepun yang diajar oleh pelajar Universiti Jepun.
忍者ケリスと一緒に日本語を勉強しましょう。先生は日本の国立大学から来ます。

Rujukan Bahasa Jepun


© Ninjakeris : Sekolah Bahasa Jepun. Laman web oleh Grocern.